Isnin, 5 Disember 2011

Allah Tahu yang Terbaek!




Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.


Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.


Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.
Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.


Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.


Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.


Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.


Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

P/S : Terima kasih atas ujian yang telah tertulis untukku,Ya Allah..
Tapi aku semakin sakit utk terus menghadapi ujian ini..
Seringkali aku bertanya..MENGAPA?MENGAPA?MENGAPA AKU YANG DIUJI???
Tapi hari ini aku tahu kenapa aku diuji...
Kerana KAU masih sayangkan aku,terima kasih,YA TUHANku.
Beri aku kesabaran,ketabahan dan kekuatan utk terus menghadapi ujian ini...aminx3 ya rabbal alamin.

Ahad, 6 November 2011

Salam Aidil Adha




Assalamualaikum :) Sihat? Lama kan GG tak update blog? Minta maaf ye wahai pembaca yang budiman. Kadang-kadang nak posting sesuatu tapi idea pulak takde. Kadang-kadang ada idea, masa pula takde. Pandai tak GG beralasan? Hahaha. Padahal setiap manusia Allah dah bekalkan 24 jam. Waktu yang cukup untuk melakukan sesuatu benda tapi depends kepada individu itu sendirilah bagaimana handle waktu. Ye dop?

Mukaddimah GG adakalanya mampu memenangi anugerah essay terpanjang(mungkin). Dah tak nampak macam mukaddimah pun kan? Macam ceramah kot. Maaf la kalau ada yang tak suka GG membebel kat sini. If ada yang benci or tak suka baca blog GG, better you all close my ugly blog nih. Yelah, darpada dok mengata GG, anda juga yang berdosa. Maaf kalau berkasar. Peace :)

GG ucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Adha khusus untuk pembaca blog GG yang comel-comel dan hensem-hensem :) Yaaaw. Marilah sama-sama kita menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan kesabaran anak baginda iaitu Nabi Ismail a.s dalam melaksanakan perintah Allah.




Rabu, 19 Oktober 2011

Lenyapkan Kesedihanku.



Nak tidur, mata pula tak nak lelap... Sementara mata masih segar bulat lagi nih, GG nak postkan sesuatu.... Untuk GG sendiri. Untuk teman-teman GG (yang mungkin tengah bersedih). Don't be sad dear. Allah always be with us. Jom rawat kesedihan itu dengan membaca doa ini:



Ya Allah... 
Memang benar aku dalam kesedihan...
Memang benar aku dalam kegelisahan...
Ya Allah...
Lindungilah aku dari kekecewaan yang membuatkan aku gundah...
Lenyapkanlah kesedihan yang membelenggu diriku ini...
Aku berlindung denganMu Ya Allah...
Berikanlah aku petunjukMu di kala aku 
dalam kesesatan dan kebingungan dalam mencari solusi yang tepat...
Berikanlah aku kesabaran,ketenangan, kekuatan dan ketabahan 
untuk menghadapi ujian yang 
Kau berikan ini...
Kuatkanlah semangatku...
Permudahkanlah segalanya urusanku...
aku berserah kepadaMu Ya Allah...
Sesungguhnya Engkau tahu akan segalanya-galanya...

                                                   
   Allah



Isnin, 17 Oktober 2011

Doaku






Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi


Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera


Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa


Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya


Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku


Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin Ya Rabbal 'Alamin..,

Ahad, 16 Oktober 2011

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT





Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.??~~~>

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?

-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah


2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

 


3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.


4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?


6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.


7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?


8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.


9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.


10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?


11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.


12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.


13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

 


~~>copy from sahabat FB..InsyaAllah,moga ianya bermanfaat buat kita semua..amin ya Rabb..
 

By: Tu Noh

Khamis, 22 September 2011

Nak Tukar Template dan Header Lagi



Cewahhhh... maju kan GG sekarang. Kerap bebeno menukar template dan header blog. Suka hati GG lah kan, ni kan blog GG. Hudusss hudusss blog ni pun, GG tetap sayangkan blog nih. InsyaAllah GG akan cantikkan blog GG nih seperti blog-blog orang lain. Buat sementara waktu ni, biarlah blog ni suram :)


Kebelakangan ini GG memang agak sibuk. Minggu lepas ada kem kecemerlangan dekat Setiu. Best dowhhhh kem kat sana. Rasa nak pergi lagi walaupun GG sangat terkenal dengan orang yang liat dengan segala jenis kem nih :) Bulan November nih akan bermulalah exam besar GG iaitu STPM. Rasa takut pun sudah mula menjalar. Bila ingat tarikh keramat 21/11 mulalah pembuluh darah GG mengembang tahap maksima seperti span yang dicelupkan dalam air. Dalam kata lain seperti maggie kari yang kembang sebab lupa nak makan ^___^


GG masih lagi dalam proses menyiapkan header blog. Tapi mungkin akan memakan masa juga. Tuntutan kerja yang lebih penting perlu diutamakan. Tak begitu? Hehehe. GG rasa nak create 1 header transparent je nanti. Kalau ada yang terkurang, korang jangan gelakkan GG ye. Ada yang nak tempah header dengan GG? Hahahaha... Jangan ye. Just kidding :) GG tak ambil sebarang tempahan.


Nanti kita jumpa lagi. 







Ahad, 18 September 2011

Erti Sebuah Persahabatan



Hari ni GG nak kongsikan renungan berkenaan sahabat.... Khas untuk sahabat-sahabat yang GG sayangi (=




Dalam hidup ini,


Kita tidak mempunyai  sesiapa,kecuali diri sendiri


Tetapi dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana


Mempunyai sahabat yang memahami kita,


Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang
sahabat,


Begitulah juga dirinya,


Tetapi kita sering lupa akan hal itu.





Cuma mengambil tahu tentang harapan dan perasaan kita,


Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya,


Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya,


Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela
dirinya.





Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti,


Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati,


Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita,


Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya.?


Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering
lupa..





Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami,


Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya,


Dia mendengar luahan perasaan, segala rasa kecewa dan ketakutan
kita,


Harapan dan impian juga kita luahkan,


Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah,


Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita,


Hingga kadang-kadang kita terlupa,


Sahabat kita juga ada
cerita yang ingin dikongsi bersama kita,


Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang
rasa bimbang dan rasa takutnya?


Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan
kita?











Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan rasa gembiranya?


Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya,


Sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa


dan menyerah kalah?


Dapatkah kita yakinkah dia yang kita boleh dipercayai,


Boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,agar
tidak rebah..?





Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?


Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya
bercerita…


Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…


Kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut,ada rasa
bimbang,sedih dan kecewa…


Dia juga ada kelemahan dan memerlukan sahabat…


Sebagai kekuatan, jadilah kita sahabatnya itu…





Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia
tidak setabah yang kita sangkakan,


Disebalik senyumannya, mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan...


Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…


Kita tidak tahu…


Tetapi  jika kita cuba
jadi sahabat sepertinya,


Mungkin kita akan tahu…



Renung-renungkanlan (T_T)





Khamis, 25 Ogos 2011

DONE



Fuhhhhhhhhhhhh



Kelegaan mula menjalar dalam diri setelah tamat menjawab kertas exam terakhir. Yahooo..merdeka untuk beberapa detik.


Lepas raya nanti confirm sibuk.


Kelas tambahan+seminar/kem menjawab soalan peperiksaan :)


Get ready myself....




Rabu, 24 Ogos 2011

Kegemaran Saya Time Raya



Vrooooooooommmmmmm....Vrrrrooooooooooomm


Tak tau la bunyi enjin motor bekuasa besar atau kereta nih. Pandai-pandai korang la nak cakap bunyi apa pun. Jangan cakap bunyi ayam berkokok sudah la.



Baca blog orang lain semuanya kelihatan fanatik nak sambut Syawal. Yelah, siapa yang tak gembira kan? Saya pun sukaaaaaaaaaa juga walaupun dapat agak duit raya mesti dapat sikit. Syahduuu nya hidup ini.



Kepada sesiapa yang nak kasi duit raya kat GG, silakan ye. Jangan malu-malu. Sila-sila.


Orait, now kita bercakap tentang kuih raya pula. Kuih raya? Yummy :)


GG suka makan tart nenas. Korang pulak?


Tart nenas memang terkenallah sebagai biskut raya yang terenak sepanjang zaman. Uish. Terbaik dari ladang lah tart nenas ni. Siapa yang tak suka rugi lah..Rugi rugi.


Tapi ada jugak kan yang tak suka? Takpe lah, nak buat cam mana kan kalau yang tak suka tu. Takkan nak paksa sumbat jugak kan?

GG ada kawan yang tak suka makan tart nenas.. namanya *teeeeeeeeettt*.


GG nak menunjuk la gambar tart nenas yang GG paling suka tahap cipan berdangdut nih, hasil dari pokcik google.. sila tengok. Jangan tergoda ya? Sila kawal nafsu anda.







Tak kesah la bagaimana pun bentuk dia...janji sodapppppp dimakan.

Sekali cuba pasti nak lagi.


Ooooooohhh tart nenas !


Selasa, 23 Ogos 2011

Memang Hobi Saya...



Hai semua :)


Gadis Genit atau nama manja GG nak bagitau kat you all pembaca blog ni yang GG ni sangat suka/minat/fanatik melihat keindahan alam semulajadi. Ada sesiapa yang berkongsi minat yang sama tak? Tadi masa surf internet terus buka google images untuk cari gambar. GG nak share la kat sini. Boleh ye?



Selamat mencuci mata ya :





Wahhhhhh, cantik kan? Seriously cantik bangattt!


Ada lagi la... Tengok bawah:






Arghhhhh....histeria bila tengok pemandangan yang memukau kalbu. Wehh, kalau nak tengok lagi, sila ke google ke yahoo ke apa-apa je lah.. tengok sendiri... Kalau letak semua gambar kat sini esok pun tak siap :)


Last but not least GG tinggalkan korang semua dengan gambar yang paling cute.



Terimalah, taddddddda :



Kawan siapa ni? Sila jangan malu untuk mengakui.... LOL




Ahad, 21 Ogos 2011

Header & Template Baru



Yeay...


Akhirnya setelah bosan dengan header dan template lama yang sungguh menyakitkan mata saya berpeluang untuk edit semuanya malam ini. Saya suka juga template ini walaupun ianya sederhana sahaja. Sesuailah dengan saya seorang gadis genit yang sangat simple orangnya. Believe me :)

Header kali ni saya masukkan doodle ^_^ doodle kan famous amos sekarang ni. Jadi saya pun buat header doodle jugak lah. Jeng3... Sangat simple. Sekali lagi saya ulangi, sesuai dengan saya yang simple orangnya. Sila jangan muak membaca ayat tersebut ye! Hahahahaha

Doodle tersebut diambil dari blog Istana Cinta. Khas untuk follower blog tersebut sahaja tau. yang tak follow jangan nak mengada ambik.

Saya memang jarang sangat update blog, itu sebabnya saya membebel panjang-panjang. Sila jangan bosan membaca bebelan saya ^^ Ok, hari ini sudah 21 Ramadhan. Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Berapa hari lagi insyaAllah umat Islam akan menyambut Syawal. Bersama kita mengejar 10 malam terakhir. Sepertimana yang kita tahu, Allah menganugerahkan Lailatul Qadr pada bulan Ramadhan. Pahalanya menyamai 1000 bulan.


Peperiksaan pertengahan tahun STPM pun bakal melabuhkan tirai pada khamis ini.


Semoga saya dan rakan-rakan diberi kekuatan olehNya.

Sekali lagi, doakan perjuangan kami :)

Sekian


First entry guna tulisan warna warni... sungguh comel :D

 


Jumaat, 12 Ogos 2011

Ke-11 Ramadhan



Assalamualaikum :)

Datang jengah blog sambil menulis entry baru. Bila ada masa macam ni terus buka blog. Rindu sangat kat 'diari ajaib' ni. Hehehe... Yelah, saya menulis blog kerana hobi. Kalau ada masa saya update, kalau blog nih lama bersawang faham-faham la ye.

Hari ni dah masuk hari kesebelas umat Islam menyambut puasa. So, bagaimana ibadah kita setakat ni? Semakin bertambah atau masih berada di takuk lama? Atau ada yang semakin kurang? Kalau ada yang kurang tu, muhasabah la ye. Inikan bulan mulia, jangan malas-malas. Ok? Together we achieve!!


Hari ni juga meruapakan hari pertama pelajar STPM menduduki peperiksaan percubaan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Urusan untuk menjawab kertas soalan Bahasa Melayu(2) dipermudahkan. Terima Kasih Allah ^^  Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan buat sesuatu perkara dengan sehabis baik... Tapi jangan lupa, kepada Allah jualah tempat kita bergantung harap. Semoga urusan menjawab paper lain akan dipermudahkan jua oleh-Nya.

Doakan yang terbaik untuk saya dan rakan-rakan...


STPM 2011 adalah medan perjuangan kami... Doakan kami dapat bertempur dengan tenang dan sehabis baik ^^


Ooopss, sebelum terlupa..,

Ni gambar pertama yang saya upload dalam blog :)

 Tengoklah, saya suka sangat gambar kami memakai baju oren ni... Sebenarnya gambar ni diambil semasa majlis meraikan pelajar-pelajar tahun lepas yang berjaya ke IPTA.


Gadis-gadis oren:


Salam sayang dari saya :) kami gadis-gadis oren bukan gadis-gadis kuning... kuning itu orang Digi ~

Khamis, 4 Ogos 2011

SALAM RAMADHAN



Assalamualaikum reader(s)

Maaf lama tak update blog, agak sibuk belakangan nih. Maklumlah, kalau dah namanya student tak kan nak relaks-relaks pulak kan? Kerja pun semakin hari semakin bertambah. Sebab kecil inilah yang mendorong saya melupakan blog untuk sementara waktu.

By the way, masih belum terlambat rasanya saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia nih. Kepada yang mengenali saya, maafkan segala kesalahan yang pernah saya perbuat sama ada secara sedar atau tidak... Saya hanyalah insan kerdil yang tidak dapat mengelak dari melakukan kesalahan.


Memandangkan kita sudah pun berada di bulan penuh barakah ini, apa kata kita tingkatkan amalan-amalan sunat di samping menjaga ibadah wajib. Sama-samalah kita mencari keberkatan 10 malam terakhir(Lailatul Qadar). Semoga kitalah insan yang bertuah mendapatkannya.


Sebelum saya mengundurkan diri, terimalah lagu Harapan Ramadhan ini sebagai renungan... Sungguh bermakna :





Happy Ramadhan semua :)

Semoga ibadah kita diterima-Nya.


Ahad, 10 Julai 2011

RUPA



Apa yang ada pada rupa???

Kenapa manusia suka memandang pada rupa????

Terlalu pentingkah rupa pada seseorang?

Tanpa rupa, hinakah seseorang di sisi mereka yang tidak mempunyai rupa?

Sedangkan Pencipta kita sendiri tidak menilai seseorang pada rupa tetapi amal mereka. Manusia sering mewujudkan sempadan melalui rupa. Sedangkan itu semua adalah anugerah Allah kepada manusia. Dengan sekelip mata anugerah itu boleh diambil sekiranya itu yang Dia mahukan. Manusia suka menilai seseorang dengan mata kasar, bukan mata hati.
Kenapa??????

Terlalu bernilaikah rupa di mata mereka semua?

Sehinggakan ada di antara kita sanggup mengenepikan agama semata-mata demi RUPA.
Berbaloikah ia????



Renung-renungkanlah.

Come back!!



Assalamualaikum...

Saya kembali lagi dengan coretan yang entah apa-apa. Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada kawan saya yang sentiasa membantu dan menyokong saya menulis blog. Tanpa dia, tak tercipta rasanya blog saya nie...huhuhu


Bila pikir, bagus juga ada blog nie, dapat gak saya menyonteng meluahkan isi hati yang berkarat tahap kritikal... Apa pun, terima kasih yang tak terhingga buat sahabatku yang sentiasa memberi galakan dan dorongan kepada insan yang lemah ini...

Selasa, 21 Jun 2011

PERMULAAN...



Salam :) saya orang baru dalam dunia blog ni.



Ke garisan... tiga, dua, satu.......... mula!

Cewahh, ni first entry saya. Tengok kawan-kawan ada blog, teringin jugak nak ada blog sendiri. Tapi tak tau la ada ke tak yang sudi intai blog saya nih. Tapi tu semua tak penting. Saya menulis blog hanya untuk mengisi masa lapang dan yang pasti saya ikhlas menulis di sini :D

Hurmmmm, rupanya bukan senang nak berblogging nih ye?!

Setakat ini sahaja intro yang dapat saya coretkan. 

Lastly, salam sayang dari saya Si Gadis Genit. Ecececece...ceh!