Assalamualaikum :)
Datang jengah blog sambil menulis entry baru. Bila ada masa macam ni terus buka blog. Rindu sangat kat 'diari ajaib' ni. Hehehe... Yelah, saya menulis blog kerana hobi. Kalau ada masa saya update, kalau blog nih lama bersawang faham-faham la ye.
Hari ni dah masuk hari kesebelas umat Islam menyambut puasa. So, bagaimana ibadah kita setakat ni? Semakin bertambah atau masih berada di takuk lama? Atau ada yang semakin kurang? Kalau ada yang kurang tu, muhasabah la ye. Inikan bulan mulia, jangan malas-malas. Ok? Together we achieve!!
Hari ni juga meruapakan hari pertama pelajar STPM menduduki peperiksaan percubaan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Urusan untuk menjawab kertas soalan Bahasa Melayu(2) dipermudahkan. Terima Kasih Allah ^^ Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan buat sesuatu perkara dengan sehabis baik... Tapi jangan lupa, kepada Allah jualah tempat kita bergantung harap. Semoga urusan menjawab paper lain akan dipermudahkan jua oleh-Nya.
Doakan yang terbaik untuk saya dan rakan-rakan...
STPM 2011 adalah medan perjuangan kami... Doakan kami dapat bertempur dengan tenang dan sehabis baik ^^
Ooopss, sebelum terlupa..,
Ni gambar pertama yang saya upload dalam blog :)
Tengoklah, saya suka sangat gambar kami memakai baju oren ni... Sebenarnya gambar ni diambil semasa majlis meraikan pelajar-pelajar tahun lepas yang berjaya ke IPTA.
Gadis-gadis oren:
Ni gambar pertama yang saya upload dalam blog :)
Tengoklah, saya suka sangat gambar kami memakai baju oren ni... Sebenarnya gambar ni diambil semasa majlis meraikan pelajar-pelajar tahun lepas yang berjaya ke IPTA.
Gadis-gadis oren:
Salam sayang dari saya :) kami gadis-gadis oren bukan gadis-gadis kuning... kuning itu orang Digi ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan